TLDM Selamatkan Bot Riadah Singapura

Diterbitkan: Khamis, 22 Oktober 2015 1:24 PM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHARU: Kapal Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) menyelamatkan sebuah bot riadah asing yang dipercayai keluar memancing dan hanyut di 2.8 batu nautika timur Batuan Tengah, dekat Pengerang, Kota Tinggi, petang Rabu.

TLDM, dalam satu kenyataan di sini berkata kapalnya, KD Pendekar yang sedang melaksanakan rondaan di perairan Batuan Tengah telah mengesan bot itu yang didaftar di Singapura, 37 STAMAS, hanyut di perairan tersebut.

"Master dan empat kru warga Singapura bot riadah itu memaklumkan bot mereka mengalami kerosakan enjin. Anggota juruteknik enjin KD Pendekar kemudian telah turun memeriksa dan membaiki kerosakan enjin tersebut dalam masa hanya 13 minit," kata kenyataan itu pada Khamis.

Setelah enjin berjaya dihidupkan, bot 37 STAMAS kemudian diiring keluar dari perairan Malaysia menuju ke Singapura.

Menurut TLDM, semasa melaksanakan rondaan, kapalnya sentiasa melaksanakan Inisiatif Bertanya Khabar (IBK) dengan bot nelayan, kapal-kapal dagang serta instalasi luar pantai di dalam perairan Malaysia.

IBK ini diwujudkan bagi memberi keyakinan kepada komuniti maritim bahawa kapal TLDM sentiasa peka dengan keselamatan mereka.

Di samping itu, katanya IBK juga dapat mengeratkan hubungan TLDM dengan komuniti maritim yang membolehkan bantuan segera dihulurkan sekiranya mereka menghadapi kesukaran serta sebagai medium perkongsian maklumat tentang aktiviti jenayah yang berlaku di perairan Malaysia.

Tags / Kata Kunci: TLDM , Singapura

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan