Remaja Malaysia Hilang Ditemui Selamat Di Perth - Berita Jenayah | mStar

Remaja Malaysia Hilang Ditemui Selamat Di Perth

Diterbitkan: Khamis, 22 Oktober 2015 11:04 PM

- Gambar hiasan

(Ubah saiz teks)

MELBOURNE: Seorang remaja orang kurang upaya dari Malaysia yang dilaporkan hilang pada Isnin semasa melawat Perth ditemui dalam keadaan selamat.

Polis menemui Lee Guang Yam Lee, 15, pada kira-kira 1.50 pagi pada Rabu, di kawasan pinggir bandar Leederville di Perth, menurut laporan Perth Now.

Tidak diketahui bagaimana Lee bergerak dari Wilson, tempat remaja itu berada pada awalnya, ke Leederville di bahagian lain bandar raya itu.

Keluarga remaja itu berkata anak mereka telah mengetuk pintu rumah-rumah di situ tetapi tidak menerima sebarang respons.

Remaja itu kemudian memutuskan untuk tidur di kaki lima kedai yang diterangi cahaya lampu.

Remaja itu kemudiannya ditemukan oleh seorang pengawal keselamatan yang memaklumkan kepada polis.
Tags / Kata Kunci: remaja hilang , Lee Guang Yam Lee
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan