Gambar Bogel: Penyelam Dari China Ditahan

Diterbitkan: Khamis, 22 Oktober 2015 7:18 PM

Gambar sekumpulan pelancong berbogel di sebuah pulau di Semporna menjadi viral.

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Polis menahan seorang penyelam dari China yang berpengkalan di Semporna selepas mengenal pasti dirinya adalah salah seorang suspek dalam gambar bogel yang tersebar di media sosial baru-baru ini.

Lelaki berusia 33 tahun itu ditahan di sebuah bilik sewa di pekan Semporna kira-kira pukul 11.15 malam Rabu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sabah Datuk Salehhudin Abdul Rahman berkata, suspek akan ditahan reman sehingga 25 Oktober bagi membantu siasatan berhubung kejadian di mana gambar beberapa lelaki dan wanita dalam keadaan berbogel dan separuh bogel dimuat naik di halaman Facebook.

"Sesiapa yang didapati berkelakuan tidak senonoh di kawasan awam boleh dihukum di bawah undang-undang dan boleh dikenakan hukuman penjara sehingga tiga bulan, atau denda, atau kedua-duanya sekali," katanya.

Suspek mempunyai lesen Persatuan Pengajar Menyelam Profesional (Padi) dan kerap menganjurkan lawatan dan aktiviti menyelam di sekitar Semporna untuk pelancong China.

Insiden terbaru melibatkan pelancong  dipercayai telah berlaku di Sibuan, salah sebuah daripada pulau di Semporna.

Salah satu gambar menunjukkan gambar tiga wanita tanpa baju yang diambil dari belakang, dan satu lagi menunjukkan gambar tujuh lelaki sedang berbogel gambar dari belakang bersama seorang wanita memakai coli dan seluar pendek menghadap kamera.

Ketua Polis Semporna Superintendan Peter Umbuas berkata tidak dipastikan bila ia berlaku, sama ada dua minggu lalu atau mungkin pada tahun 2013.

Pada 31 Mei, gambar pelancong Eropah berbogel di puncak Gunung Kinabalu menimbulkan kekecohan, dengan penduduk tempatan berkata ia tidak menghormati penduduk dan budaya Sabah.

Empat daripada mereka yang dikenal pasti adalah warga British, Belanda dan dua Kanada, didakwa di mahkamah dan dihukum tiga hari penjara dan kemudian diperintahkan untuk meninggalkan Sabah.
Tags / Kata Kunci: gambar bogel , penyelam , warga CHina

iklan

Video

Khamis, 24 Ogos 2017 12:38 PM

Wan Sharmila Kena 'Badi' Cinta

Khamis, 24 Ogos 2017 9:00 AM

Susunan Lagu Dari Sweden Gagal Takluk Persis

Rabu, 23 Ogos 2017 3:00 PM

Shuib Sepahtu 'Kuat' Cari Duit!

Rabu, 23 Ogos 2017 12:00 PM

Ayda Jebat Impi 'Mata' Tercalon Anugerah

Rabu, 23 Ogos 2017 9:00 AM

Keghairahan Shahrol Shiro Makan Diri?

Selasa, 22 Ogos 2017 12:00 PM

Sakan! Shiha Zikir Kini Hidup Mewah

Selasa, 22 Ogos 2017 9:00 AM

Tania Hudson Tak jangka Kembali Aktif

Isnin, 21 Ogos 2017 12:59 PM

Hafiz Tak Mengaku Saya Isteri - Joy Revfa

Isnin, 21 Ogos 2017 9:00 AM

#BiziBody: Syafiq Kyle Pentingkan Penampilan

Kolumnis

iklan

Iklan