Warga Emas Maut Dilanggar Lori Pasir

Diterbitkan: Rabu, 21 Oktober 2015 2:51 PM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHARU: Seorang wanita warga emas maut selepas terjatuh dan dilanggar lori pasir ketika sedang melintas di jalan Kangkar Tebrau, di sini, Selasa.

Ketua Polis Daerah Johor Baharu Selatan ACP Sulaiman Salleh berkata dalam kejadian kira-kira 7.30 pagi itu, Tan Mee Mee, 64, meninggal dunia akibat tersepit di celah tayar lori pasir berkenaan.

"Kejadian dipercayai berlaku ketika Tan sedang berjalan kaki pulang dari sebuah kedai ke pusat jagaan warga emas yang didiaminya tidak jauh dari tempat kejadian..

"Dia dikatakan terjatuh ke atas jalan sebelum dilanggar tayar kiri sebuah lori pasir tanpa muatan seberat 10 tan," katanya.

Sulaiman berkata Tan mengalami kecederaan parah di pinggang dan mayatnya dihantar ke Hospital Sultan Ismail, di sini untuk bedah siasat.

Katanya, pemandu lori berumur 59 tahun itu kemudian membuat laporan polis di Balai Polis Trafik Johor Baharu Selatan.

Sementara itu, Pegawai Bomba Kanan Balai Bomba dan Penyelamat Tebrau, Ronnie Robert ketika dihubungi berkata sebuah jentera bomba bersama sembilan anggota bomba bergegas ke tempat kejadian bagi membantu mengeluar mayat mangsa.

Anggota bomba mengambil masa kira-kira 20 minit bagi mengeluarkan mayat Tan yang tersepit itu, katanya.

Tags / Kata Kunci: Lori pasir , maut , warga emas

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan