Polis Siasat Jamal Yunos, Enam Yang Lain Berhubung Himpunan Ahad Lalu

Diterbitkan: Selasa, 20 Oktober 2015 6:57 PM

Jamal Md Yunos.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Polis telah menyoal siasat Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Datuk Jamal Md Yunos dan enam yang lain berhubung perhimpunan pada Ahad lalu.

Enam individu itu termasuk penganjur protes anti-kerajaan Selangor baru-baru ini.

Jamal dan Exco Pemuda Umno, Armand Azha Abu Hanifah antara tujuh yang dipanggil, tiba di Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang kira-kira pukul 12.45 tengah hari Selasa.

"Kami datang ke sini selepas dihubungi polis dan untuk menunjukkan bahawa kami tidak takut dan berbudi bahasa," kata Jamal.

Menurut Jamal, beliau akan terus mengadakan bantahan untuk menyuarakan masalah rakyat.

"Kami akan berkorban apa sahaja demi rakyat," kata Jamal apabila ditemui di luar ibu pejabat polis itu.

Beliau berkata kumpulan itu akan mengadakan perhimpunan di Subang Jaya pada 8 November ini.

"Selepas itu, kami akan mengadakan satu lagi perhimpunan di Kelana Jaya. Kami akan terus mengadakan perhimpunan sekali setiap bulan," katanya.

Ketika ditanya sama ada kumpulan itu akan memohon permit untuk perhimpunan itu, Jamal berkata mereka sentiasa mematuhi undang-undang.

"Kami sudah memohon tetapi kerajaan Selangor yang memiliki lokasi perhimpunan diadakan, sentiasa menyekat permintaan kami kerana mereka takut," katanya.


Tags / Kata Kunci: Jamal Md Yunos , Umno

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan