Polis Rampas 200kg Daun Ketum

Diterbitkan: Isnin, 19 Oktober 2015 5:26 PM

Gambar hiasan.

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Polis menahan seorang remaja lelaki dan merampas 620 bungkusan daun ketum seberat 200 kilogram bernilai RM6,000 di persimpangan Kampung Asun, Jitra petang Ahad.

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Supt Abd Rahim Abdullah berkata polis mendapati sebuah kereta dari Jitra ke Changlun berada dalam keadaan mencurigakan dalam kejadian 5.40 petang itu.

Suspek katanya berasal dari Naka, Kuala Nerang dikatakan memecut kenderaan dipandunya sebelum polis berjaya memintas kereta suspek.

Katanya hasil pemeriksaan mendapati 620 bungkusan daun ketum dalam plastik lutsinar di dalam bonet belakang kereta itu dipercayai untuk dihantar ke Padang Besar, Perlis.

"Suspek mengambil upah menghantar daun ketum ini dari Kuala Nerang ke Padang Besar dengan upah RM200. Suspek mengakui baru dua kali melakukan perkara itu.

Kita percaya daun ketum untuk pasaran negara jiran," katanya pada Isnin.

Abd Rahim berkata harga pasaran daun ketum di negara jiran, Thailand amat tinggi iaitu antara RM60 hingga RM80 sekilogram.

Katanya suspek ditahan reman selama empat hari bermula pada Isnin hingga 22 Oktober depan bagi membantu siasatan yang disiasat mengikut Seksyen 30(3) Akta Racun 1952. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: daun ketum

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan