LPT2 Ragut Dua Lagi Nyawa - Berita Jenayah | mStar

LPT2 Ragut Dua Lagi Nyawa

Diterbitkan: Ahad, 18 Oktober 2015 1:27 PM

(Ubah saiz teks)

KEMAMAN: Dua beranak maut selepas kereta yang dinaiki mereka terbabas sebelum merempuh pembahagi jalan dalam kejadian di Kilometer 273.9 berhampiran susur keluar Plaza Tol Cheneh Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) di sini Sabtu malam.

Dalam insiden kira-kira pukul 11.30 malam itu, Hasan Abd Wahab, 53, dan anak sulungnya Hanis Shazwani Hasan, 21, terbunuh di tempat kejadian.

Isterinya Sarimah Abdul Gulam, 51, dan anak bongsu mereka Hanis Shazizatul Hasan, 14, hanya mengalami kecederaan ringan di muka dan badan.

Nahas itu dipercayai berlaku apabila kereta Proton Wira yang dipandu Hasan dipercayai hilang kawalan lalu merempuh pembahagi jalan di susur keluar plaza tol tersebut menyebabkan mereka sekeluarga tersepit di tempat duduk kereta.

Menurut adik ipar mangsa Mohd Amin Gulam, 46, ketika kejadian, mangsa sekeluarga dipercayai dalam perjalanan pulang dari rumah adik ipar mereka di Kampung Ibok ke kediaman mereka di Felda Neram 2 Bandar Baru Cheneh.

Sembilan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Cheneh bergegas ke lokasi kejadian dan mengambil masa kira-kira 20 minit untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit. 

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kemaman Supt Mohd Said Ibrahim ketika dihubungi Bernama mengesahkan kejadian tersebut. 

Katanya mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Kemaman untuk bedah siasat manakala mangsa yang cedera turut menerima rawatan di hospital yang sama.-- Bernama


Tags / Kata Kunci: LPT2 , Plaza Tol Cheneh
   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan