Guru Ditumbuk, Ditendang Dan Dimaki Kerana Tegur Pelajar

Diterbitkan: Sabtu, 17 Oktober 2015 5:18 PM

(Ubah saiz teks)

SIBU: Seorang guru lelaki sekolah menengah di Jalan Teng Chin Hua di sini, lebam di muka dan cedera di perut selepas ditumbuk dan ditendang seorang pelajar, Jumaat.

Guru disiplin berusia 40-an itu turut dimaki pelajar lelaki berkenaan selepas dikatakan menegurnya ketika perhimpunan sekolah kira-kira pukul 7.30 pagi.

Beliau yang mengalami pendarahan pada hidungnya kemudian membuat laporan polis pada 1.30 tengah hari.

Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner Mohd Kamal Kordi yang dihubungi pada Sabtu mengesahkan menerima laporan itu dan berkata polis sudah mengenal pasti pelajar berkenaan.

Bagaimanapun Mohd Kamal berkata pihaknya masih belum menahan pelajar itu untuk membantu siasatan.-- Bernama


Tags / Kata Kunci: guru , tumbuk , maki , Jalan Teng Chin Hua

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan