Bayi Melecur Terkena Air Panas Di Pusat Asuhan

Diterbitkan: Sabtu, 17 Oktober 2015 8:28 AM

Marsyitah mendakwa bayi lelakinya masih lagi menanggung kesakitan akibat melecur terkena air panas.

(Ubah saiz teks)

BALIK PULAU: Seorang bayi berusia lapan bulan masih menanggung kesakitan akibat melecur selepas didakwa terkena air panas daripada tiga botol susu di sebuah pusat asuhan hampir dua minggu lalu.

Ibunya, Marsyitah Daud, 33, bimbang kesan melecur di sebelah kanan muka anak lelakinya itu akan meninggalkan parut.

Kerani itu berkata anaknya itu mengalami kesan melecur di muka, kaki dan lutut kiri selepas didakwa menarik alas meja mengakibatkan botol susu yang berisi air panas tertumpah di atasnya.

Insiden itu berlaku pada 6 Oktober lalu.

"Saya terkejut apabila melihat kesan melecur itu. Dia menanggung kesakitan dan tidak berhenti menangis.

"Saya bergegas membawanya ke Hospital Balik Pulau sebelum dia dipindahkan ke Hospital Pulau Pinang.

"Keadaannya tidak begitu teruk berbanding tempoh hari tetapi mata kanannya membengkak.

"Anak lelaki saya dibenarkan keluar hospital tetapi kami perlu membawanya untuk pemeriksaan pada Isnin," kata Marsyitah di kediamannya di Sungai Nipah dekat sini, Jumaat.

Marsyitah berkata beliau kecewa dengan sikap pemilik pusat asuhan tersebut.

Malah, katanya suaminya telah membuat laporan polis berhubung insiden itu.

"Dia boleh membantu kami dari segi bil rawatan," katanya.

Pemilik pusat asuhan kanak-kanak itu bagaimanapun berkata beliau mahu membayar pampasan kepada keluarga tersebut.

"Kami mahu membayar bil perubatan tetapi sehingga hari ini, kami masih belum menerimanya," katanya.

Mengimbas kembali kejadian itu, wanita tersebut berkata dia pergi mengambil tuala di luar pusat asuhan berkenaan kerana hujan.

"Semua kanak-kanak sedang tidur. Beberapa minit kemudian saya terdengar bunyi tangisan bayi itu yang merangkak di bawah meja dan menarik alas meja," dakwanya.

Timbalan Ketua Polis Daerah Barat Daya, Deputi Superintenden Siti Nor Salawati Saad berkata polis sedang menyiasat kes tersebut.


Tags / Kata Kunci: bayi , pusat asuhan , melecur

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan