Rugi RM800 Beg Galas Hilang Sewaktu Singgah Solat Di Masjid

Diterbitkan: Jumaat, 16 Oktober 2015 4:45 PM

(Ubah saiz teks)

SUNGAI PETANI: Seorang wanita kerugian kira-kira RM800 apabila beg galasnya dicuri sewaktu singgah untuk menunaikan solat Zohor di Masjid Padang Temusu, dekat sini, petang Khamis.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Md Zukir Md Isa berkata, mangsa yang tinggal di Bandar Sri Astana, dekat sini, singgah ke masjid itu kira-kira 3.30 petang dan meletakkan beg galas miliknya di hadapan saf ketika bersolat.

"Dia hanya menyedari kehilangan beg galasnya itu selepas selesai solat dan ketika kejadian, hanya mangsa seorang yang berada di saf wanita.

"Setelah mencari di kawasan sekitar, akhirnya mangsa menjumpai beg galasnya di bahagian belakang ruang solat wanita, bagaimanapun dompet milik suaminya dan telefon bimbit miliknya didapati hilang," katanya ketika dihubungi Bernama.

Hasil rakaman kamera litar tertutup di ruang solat lelaki katanya, memaparkan imej seorang lelaki sedang mundar-mandir di dalam masjid, disyaki suspek yang mencuri beg mangsa yang berumur 43 tahun itu. 

Md Zukir berkata, pihaknya masih menjalankan siasatan bagi mengesan suspek dan kes disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan kerana mencuri di dalam bangunan.-- Bernama  


iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan