Konstabel Polis Patah Kaki Kiri Dirempuh Motosikal Ketika Operasi

Diterbitkan: Jumaat, 16 Oktober 2015 5:40 PM

Omar Bakhtiar Yaacob

(Ubah saiz teks)

PARIT BUNTAR: Seorang konstabel polis patah kaki akibat dirempuh seorang penunggang motosikal ketika cuba melarikan diri daripada sekatan jalan raya dalam Ops Bersepadu di Kilometer 1.5 Jalan Taiping di sini Khamis malam.

Ketua Polis Daerah Kerian Superintendan Omar Bakhtiar Yaacob berkata, dalam insiden pada 9.30 malam itu, Konstabel Mohd Faizal Yusob, 28, dari Unit Rondaan Bermotor (URB) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kerian patah kaki kiri akibat dirempuh.

Anggota polis berkenaan dimasukkan ke Hospital Taiping untuk rawatan lanjut dan kini dalam keadaan stabil dan penunggang motosikal yang positif dadah itu berjaya ditahan dalam operasi bersepadu bersama JPJ dan AADK, katanya ketika dihubungi di sini, Jumaat.

Menurut Omar Bakhtiar, polis turut menemui satu paket kecil dadah dipercayai Syabu dan sebiji pil Erimin 5 pada badan suspek yang berusia lingkungan 20-an itu.

Suspek pernah ditahan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya dan sedang menunggu untuk dibicarakan di mahkamah pada 26 Oktober ini, katanya.

Dia kini direman tujuh hari untuk membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh.-- Bernama


Tags / Kata Kunci: Ops Bersepadu , Omar Bakhtiar Yaacob , trafik

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan