Lelaki Melecur Separuh Badan Dipercayai Dibakar Dalam Tandas Pusat Beli-Belah - Berita Jenayah | mStar

Lelaki Melecur Separuh Badan Dipercayai Dibakar Dalam Tandas Pusat Beli-Belah

Diterbitkan: Jumaat, 16 Oktober 2015 3:52 PM

Mior Faridalatrash Wahid

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Seorang lelaki melecur separuh badan, dipercayai dibakar di dalam tandas tingkat bawah pusat beli-belah Prangin Mall di sini, Khamis malam.

Lelaki berusia 56 tahun itu mengalami 60 peratus kesan kebakaran pada badan, kini tidak sedarkan diri dan dalam keadaan kritikal di Hospital Pulau Pinang, kata Ketua Polis Daerah Timur Laut Asisten Komisioner Mior Faridalatrash Wahid, Jumaat.

"Menurut doktor, lelaki yang bekerja sebagai broker tanah itu cedera akibat terbakar di kepala, badan dan kaki," katanya.

Beliau berkata lelaki berkenaan dilapor berlari keluar dari tandas pusat beli-belah itu dalam keadaan terbakar kira-kira pukul 10 malam dan dibantu oleh orang ramai untuk memadam kebakaran di badannya sebelum dihantar ke hospital dengan ambulans.

Mior Faridalatrash berkata hasil rakaman CCTV, polis mendapati seorang lelaki memasuki tandas itu tiga minit terlebih dahulu sebelum mangsa.

"Apabila mangsa berlari keluar sambil terbakar, seorang lelaki berhelmet dilihat berlari keluar dengan memegang beg dipercayai milik mangsa," katanya.

Beliau berkata sebelum tidak sedarkan diri, lelaki itu memberitahu bahawa dia tidak nampak sesiapa yang terlibat dalam kejadian itu kerana dia berada di dalam tandas dan pintu bertutup.

Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu supaya menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.-- Bernama

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan