Polis Kelantan Tolak Dakwaan Pelajar Orang Asli Dizalimi

Diterbitkan: Selasa, 13 Oktober 2015 12:32 PM

Mazlan Lazim

(Ubah saiz teks)

GUA MUSANG: Polis Kelantan menafikan dakwaan bahawa guru di Sekolah Kebangsaan (SK) Tohoi di sini melayan dengan buruk pelajar Orang Asli, seperti mana dilaporkan portal berita.

Ketua Polis negeri, Datuk Mazlan Lazim berkata, insiden yang disiarkan portal berita itu berlaku pada 2012, bukannya senario terkini di sekolah berkenaan.

"Polis tidak menerima sebarang laporan berhubung layanan buruk atau penderaan daripada mana-mana pihak kecuali tiga laporan polis berhubung kecuaian pihak pengurusan sekolah itu.

"Saya fikir wartawan yang mendapat maklumat perlu membuat pemeriksaan dahulu, bukannya terus menghasilkan berita sensasi," katanya di Ibu Pejabat Polis Daerah di sini, Isnin.

Laporan itu mendakwa pelajar Orang Asli diberi layanan buruk apabila dipaksa tidur di lantai dan memakai uniform kotor, selain dirotak tanpa sebab.

Selain itu, kata Mazlan, pihaknya akan menyiasat dakwaan adanya individu atau kumpulan yang menggunakan kes kehilangan kanak-kanak Orang Asli untuk memungut derma.

"Kami memandang serius isu ini dan akan menyiasat pihak yang cuba mengambil kesempatan, termasuk menghadapkan mereka ke mahkamah," katanya.

Tags / Kata Kunci: Mazlan Lazim , Orang Asli , SK Tohoi

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Kolumnis

iklan

Iklan