Kereta Terbakar: Seorang Maut, Tiga Cedera

Diterbitkan: Isnin, 12 Oktober 2015 10:12 AM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHARU: Seorang lelaki maut manakala tiga lagi cedera apabila kereta Honda City dinaiki mereka terbabas sebelum terbakar di KM42 Lebuhraya Utara Selatan arah utara, berhampiran Kulai, dekat sini, Ahad.

Ketua Polis Daerah Kulai Supt Razak Md Said berkata kejadian melibatkan tiga lelaki dan seorang wanita itu berlaku pada kira-kira 2.10 petang, namun identiti kesemua mangsa belum dikenal pasti.

"Mangsa yang maut adalah penumpang hadapan kenderaan itu. Mangsa mengalamikecederaan parah di kepala dan leher," katanya yang dihubungi di sini.

Razak berkata pemandu kereta dan penumpang wanita di bahagian belakang mengalami cedera parah di kepala dan beberapa bahagian lain manakala seorang penumpang lelaki di bahagian belakang hanya cedera ringan.

Beliauberkata kemalangan dipercayai berlaku setelah pemandunya gagal mengawal kenderaan sebelum terbabas lalu melanggar besi pembahagi jalan di tengah lebuh raya.

Akibat pelanggaran itu, katanya kereta berkenaan berpusing dan merempuh pula pembahagi di tepi kiri lebuh raya sebelum terbakar.

Sementara itu, Pegawai Bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Kulai, Abd Ghani Ahmad berkata pihaknya bergegas ke tempat kejadian bersama-sama tujuh anggota dan sebuah jentera sebaik menerima panggilan.

"Operasi tamat sepenuhnya pada 3.30 petang dan pihak bomba hanya memberi bantuan memadam api kerana kesemua mangsa telah dikeluarkan orang ramai," katanya ketika dihubungi.

Mayat dan mangsa yang cedera dibawa ke Hospital Kulai untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Tags / Kata Kunci: Kulai , Polis , Bomba

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan