Keluarga Bimbang Pengurus Tidak Pulang Sejak Lima Hari Lepas

Diterbitkan: Isnin, 12 Oktober 2015 6:58 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Keluarga seorang pengurus syarikat pengurusan majlis merasa bimbang dengan Shazlan Ariffin, 39, yang hilang sejak lima hari lalu.

Abang iparnya yang enggan dikenali berkata Shazlan kali terakhir dilihat keluar dari kawasan rumahnya di Sunway Damansara pada Rabu lalu.

"Pada hari tersebut, dia mengadu kepada isterinya dia berasa kurang sihat dan isterinya telah mengambilnya di pejabat dan membawanya pulang ke rumah mereka sebelum isterinya keluar semula untuk bekerja.

"Apabila isterinya pulang, dia didapatai tiada di rumah. Berdasarkan CCTV yang terdapat di sekitar kawasan rumah mereka, Shazlan dilihat memasuki lif dan kelihatan buntu seketika kerana tidak menekan butang lif.

"Kemudiannya berdasarkan CCTV di pondok pengawal kawasan perumahan itu, dia dilihat menuju keluar dari kawasan rumahnya dan melalui pondok pengawal.

"Selepas dia keluar daripada pondok pengawal, jejaknya tidak lagi kelihatan," katanya yang turut bimbang kerana di sekitar kawasan rumah Shahzlan turut terdapat gaung," katanya kepada Bernama.

Abang iparnya berkata Shazlan ada ketikanya mempunyai masalah ingatan akibat pernah terjatuh.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Zaini Che Din berkata pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu dan kes setakat ini disiasat sebagai orang hilang.

Tags / Kata Kunci: Shazlan Ariffin

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Kolumnis

iklan

Iklan