Kes Tembak Bekas Adun Bukan Bermotifkan Politik - Polis

Diterbitkan: Ahad, 11 Oktober 2015 3:21 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Polis Terengganu menolak kemungkinan motif pembunuhan bekas Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Alor Limbat Alias Abdullah berunsur politik.

Ketua Polis Terengganu Datuk Rosli Ab Rahman berkata bagaimanapun siasatan dari semua aspek sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca utama kejadian yang melibatkan mangsa yang juga seorang peguam.

Katanya, setakat ini pihaknya belum mendapat motif khusus berhubung insiden tembakan itu dan sedang mengkaji dari pelbagai sudut termasuk hal-hal peribadi, perniagaan dan hutang serta tugas mangsa sebagai pengamal undang-undang.

"Kita sedang mengkaji dan menjalankan siasatan terperinci merangkumi pelbagai sudut namun kita percaya kejadian ini tidak berkaitan dengan politik," katanya dalam sidang media di sini, Ahad.

Menurutnya satu pasukan khas telah ditubuhkan bagi menyiasat dan mengesan kedua-dua suspek yang terlibat dalam kes tembakan tersebut dan pihak polis juga yakin kedua-dua suspek masih berada dalam negara.

Pada Jumaat, Alias, 51, maut ditembak pada jarak dekat di rumahnya di Kampung Alor Limbat, Bukit Payong, Marang selepas pulang daripada solat Jumaat.

Dalam kejadian 2 petang itu, mangsa yang berada di bahagian dapur rumahnya didatangi seorang lelaki tidak dikenali menaiki motosikal lalu melepaskan satu das tembakan yang mengenai pipi kiri mangsa.

Susulan kejadian itu, mangsa dibawa ke Klinik Kesihatan Bukit Payung oleh jiran mangsa untuk diberikan rawatan kecemasan sekitar 2.15 petang, namun gagal diselamatkan dan disahkan meninggal dunia.

Rosli berkata suspek yang memakai topi keledar berwarna merah dan bervisor itu terus melarikan diri ke bahagian hadapan rumah di mana terdapat seorang lagi rakan suspek yang sedang menunggu di atas motor jenis Honda EX-5 berwarna hitam dan terus memecut laju ke jalan utama.

Jelasnya polis percaya suspek yang melepaskan tembakan itu berkemahiran tinggi menggunakan senjata api dan hasil daripada kelongsong peluru yang dijumpai, suspek menggunakan senjata jenis revolver 3.8.

Namun, katanya, sehingga kini masih tiada tangkapan dilakukan.

Tags / Kata Kunci: Adun , Politik , Polis

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan