Lelaki Pakai Burka Rompak Wanita Di Surau Ditahan

Diterbitkan: Ahad, 11 Oktober 2015 9:27 AM

Gambar hiasan.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Polis telah menahan seorang lelaki yang berpakaian burka hitam untuk mencuri barang kepunyaan wanita di dalam sebuah surau di pusat membeli belah Bukit Bintang.

Suspek ditahan kira-kira pukul 8.30 malam Khamis selepas seorang polis bantuan wanita menyedari perbuatannya itu.

Dia ditangkap selepas berlaku pergelutan kecil dengan anggota polis bantuan tersebut.

Difahamkan, ketika mangsa wanita sedang menunaikan solat, suspek merompak beberapa barang berharga seperti kad ATM dan telefon bimbit dari beg tangan mangsa serta telekung.

Suspek bertindak menyimpan barangan tersebut di dalam beg tangan berwarna coklat yang disorokkan di dalam burka.

Ketua Polis Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zainol Samah berkata seorang polis bantuan wanita yang bertugas di luar surau tersebut menyedari wanita berpakaian burka itu berkelakuan pelik.

Polis bantuan itu mendekati suspek dan meminta dia menunjukkan kad pengenalan dirinya.

"Namun dia tidak berbuat demikian, sebaliknya melarikan diri. Polis bantuan tersebut bersama dengan beberapa anggota yang lain mengejar suspek.

"Berlaku pergelutan kecil dan polis bantuan menyedari suspek sebenarnya lelaki yang memakai burka," kata Zainol.

Polis bantuan itu berjaya menahan suspek yang mengalami kesan kecederaan di kepalanya.

Dia kemudiannya dibawa ke balai polis Tun HS Lee.

Zainol berkata polis bantuan turut merampas sebuah beg tangan jenama Coach dari suspek dan menjumpai beberapa barang yang dicuri dari surau.

Antaranya, kad ATM, wang tunai sebanyak RM846, satu MyKad, sepasangan cermin mata, kunci, beg H&M dan satu telekung berwarna putih.



Tags / Kata Kunci: burka , Bukit Bintang , surau

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan