Penculik Silap Sasaran, Lepaskan Mangsa

Diterbitkan: Ahad, 11 Oktober 2015 3:30 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Sekumpulan penculik hanya menyedari mereka tersilap sasaran selepas beberapa minit melarikan mangsa dan bertindak mengarahkannya keluar dari kereta.

Mangsa, R.Karunakaran, 59, sedang menyiram pokok bunga di luar rumahnya di Jalan Api-Api 1, Kepong Baru kira-kira pukul 8.30 pagi pada Selasa ketika didekati seorang lelaki.

"Dia bertanya sama ada saya menjual lori yang diletakkan di luar rumah saya tetapi dia berkelakuan pelik, jadi saya cuba melarikan diri.

"Namun, seorang lagi lelaki menarik saya ke belakang lori. Saya cuba untuk melawan tetapi mereka mengacukan parang di leher saya," katanya.

Suspek turut meragut rantai emas di lehernya sebelum menarik mangsa masuk ke dalam sebuah kereta Proton Waja dan meninggalkan kawasan tersebut.

"Mereka beritahu mahu bunuh saya," katanya kepada pemberita pada sidang media di sini Ahad.

Namun, beberapa minit kemudian, salah seorang penculik menerima panggilan telefon.

"Saya terdengar dia berkata,"Oh kami tersilap sasaran. Lelaki yang sepatutnya diculik tinggal di rumah No.8, rumah saya di alamat No.1," katanya.

Dia berkata penculik tersebut memberhentikan kenderaan dan mengarahkannya keluar sebelum memecut laju.

"Tiga daripada mereka memakai topeng manakala seorang yang mendekati saya tidak memakai topeng," katanya.

Beliau berkata polis sudah memaklumkan semua rumah dengan No.8 di kawasan tersebut supaya lebih berhati-hati.



Tags / Kata Kunci: culik , Kepong Baru , PDRM

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan