Empat Termasuk Pengantin Baharu Maut Dalam Kemalangan

Diterbitkan: Sabtu, 10 Oktober 2015 7:57 PM

(Ubah saiz teks)

BESUT: Empat termasuk seorang pengantin baharu lelaki maut selepas kereta yang mereka naiki bertembung dengan kenderaan pacuan empat roda di KM93, Jalan Kuala Terengganu-Kota Bharu dekat Kampung Renek, Jerteh di sini pada pukul 2.20 petang Sabtu.

Ketua Polis Daerah Besut, Supt Khaled Che Lah berkata, mangsa yang maut ialah pengantin, Muhamad Norizan Mohd Noor, 20; ibu mertuanya Rozila Jusoh, 42; dan dua adik iparnya Norma Mohd Zaki, 15; dan Muhammad Haikal Zaki, 2.

Seorang lagi mangsa yang juga pengantin perempuan Noraliza Zaki, 18, cedera parah di kaki serta tangan dan keadaannya dilaporkan stabil.

Ketika kejadian, kelima-lima anggota keluarga berkenaan dikatakan dalam perjalanan dari Kelantan menuju ke Setiu sebelum kenderaan jenis Perodua Viva itu terbabas setelah melanggar sebuah kereta sebelum memasuki laluan bertentangan.

"Kenderaan pacuan empat roda jenis Isuzu D-Max itu gagal mengelak lalu merempuh secara berhadapan dengan Perodua Viva yang dipandu Muhamad Norizan," katanya kepada Bernama di sini, Sabtu.

Kesemua mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Besut manakala mangsa yang cedera menerima rawatan di hospital sama.

Sementara itu, abang pengantin lelaki, Mohamad Nazri, 29, berkata adiknya meminjam keretanya untuk menjemput pengantin perempuan dan keluarganya untuk majlis menyambut menantu di kediamannya di Kampung Gong Terap, Setiu.

Katanya, majlis nikah adiknya itu diadakan pada malam Rabu lepas di rumah pengantin perempuan di Kampung Chetok, Pasir Mas, Kelantan.

"Ketika dalam perjalanan pulang, arwah adik ada menghubungi saya bertanyakan tentang persiapan majlis kenduri di rumah bagi menyambut kedatangan adik ipar saya ke kampung kami," katanya ketika ditemui di rumah mayat Hospital Besut.

Menurut Mohamad Nazri, tidak lama selepas itu beliau terkejut apabila dimaklumkan oleh rakannya bahawa telah terlihat keretanya terbabit dalam kemalangan.

Suami Rozila, Zaki Abdullah, 45 berkata beliau reda dengan pemergian isteri dan dua anaknya serta menantunya yang belum sempat dikenali dengan lebih dekat.

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan