Pemuda Maut Ditembak Di Rumah

Diterbitkan: Sabtu, 10 Oktober 2015 9:29 AM

(Ubah saiz teks)

KINABATANGAN: Seorang lelaki maut ditembak dari arah belakang ketika berehat di bawah rumahnya di Kampung Usaha Jaya Batu 3 Jalan Pengkalan dekat sini, Jumaat.

Ketua Polis Daerah Kinabatangan Supt A. Sahak Rahmat berkata terdapat satu kesan tembakan di bahagian tengah dada mangsa yang berusia 29 tahun dan kejadian itu disedari ibunya.

Katanya dalam kejadian 5.43 petang semalam mangsa dan ibunya berada di rumah lama yang terletak di belakang rumah baharu keluarga itu.

"Siasatan awal polis mendapati kawasan rumah lama tersebut di kelilingi pokok kelapa sawit dan semak samun," katanya di sini.

Beliau berkata sebelum kejadian itu, mangsa sedang berehat di bawah rumah manakala ibunya berada di hadapan rumah.

Katanya tidak lama kemudian, ibu mangsa terdengar bunyi satu das tembakan dilepaskan dari arah belakang rumah.

A. Sahak berkata ibu mangsa terus bergegas ke tempat mangsa dan mendapati tangan kiri anaknya berdarah, katanya.

Beliau berkata dengan bantuan penduduk kampung, mangsa dikejarkan ke Hospital Kinabatangan dan disahkan sudah meninggal dunia.

A. Sahak berkata kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan belum ada sebarang tangkapan dilakukan.

Beliau berkata siasatan masih diteruskan bagi mengenal pasti motif pemuda itu ditembak.

Tags / Kata Kunci: Kinabatangan , Polis , Tembak

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan