Tiada Kes Culik Dan Penjualan Organ Di Negeri Sembilan - Polis

Diterbitkan: Jumaat, 9 Oktober 2015 3:05 PM

(Ubah saiz teks)

SEREMBAN: Polis Negeri Sembilan pada Jumaat mengesahkan tiada kes penculikan dan penjualan organ berlaku di negeri ini.

Ketua Polis Negeri Datuk Jaafar Mohd Yusof berkata pihak polis akan mewar-warkan perkara tersebut jika benar ada kes penculikan dan penjualan organ berlaku.

"Dari segi penjualan organ, tidak ada langsung kebenarannya kerana bukan senang nak jual organ. Ia melibatkan doktor pakar dan di negara kita tidak mungkin doktor-doktor pakar ini bersubahat melakukan perkara tersebut.

"Kalau secara haram, mungkin senang, tetapi ia akan melibatkan kematian, dan dalam rekod kita, tak pernah lagi jumpa mayat yang tiada organ," katanya kepada pemberita selepas Majlis Serah Tugas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Negeri Sembilan, di sini, Jumaat.

Jaafar berkata kebanyakan laporan yang diterima oleh pihaknya, hanya melibatkan cubaan culik tetapi ia tidak berjaya.

Justeru itu, beliau menasihati pegawai dan anggotanya supaya bertindak pantas agar persepsi masyarakat dapat dikawal.

Jaafar turut menggesa anggota polis negeri ini sentiasa memberikan perkhidmatan yang terbaik dan ikhlas untuk masyarakat.

"Apabila siasatan dibuat, tentukan perkembangan siasatan dimaklumkan kepada mangsa-mangsa atau pengadu kerana selepas membuat laporan polis, sudah tentu mereka ingin tahu perkembangan kes mereka," katanya.

Di samping itu, beliau berkata sebarang tindakan yang diambil oleh pihak polis perlulah berpaksikan kepada undang-undang.

"Dari segi penguatkuasaan yang kita tengok sejak akhir-akhir ini, banyak pihak dan individu yang agresif dan juga membantah, memberontak dengan tindakan-tindakan penguatkuasaan.

"Apa orang lain nak cakap, apa orang-orang politik nak perbesarkan dalam isu yang berlaku sekarang, kita perlu put our foot down (menggunakan kuasa untuk halang jenayah), dan menentukan undang-undang itu dipatuhi sepenuhnya kerana kalau kita longgar, kelonggaran ini akan diambil kesempatan oleh pihak-pihak yang nak menghuru-harakan keadaan," katanya.

Sementara itu, pada majlis tersebut, DSP Nor'Aini Abdullah menggantikan ACP Ramli Mohd Nor yang bertukar ke Pulai Pinang untuk memegang jawatan sebagai Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial.

Nor'Ani sebelum ini bertugas sebagai Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial.

Tags / Kata Kunci: Culik , Negeri Sembilan , Polis

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan