Polis Tumpas Sindiket Ah Long Terbesar Didalangi Suami Isteri

Diterbitkan: Jumaat, 9 Oktober 2015 8:41 PM

Hamza Taib

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Polis berjaya menumpaskan sindiket pemberian pinjaman wang tanpa lesen (Ah Long) terbesar di negara ini setakat ini dengan penahanan sepasang suami isteri dan sembilan lelaki dalam lima serbuan berasingan sekitar sini Isnin lalu.

Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Hamza Taib berkata semua suspek ditahan dalam serbuan bermula tengah hari di dua buah rumah dekat Galing, dua buah kedai makan di Indera Mahkota dan sebuah stesen minyak di Semambu.

Beliau berkata siasatan awal mendapati sindiket yang aktif sejak tahun 2009 itu turut memberi pinjaman kepada peminjam di Terengganu.

"Polis juga telah mengenal pasti seramai 320 peminjam aktif yang meminjam dengan sindiket ini yang melibatkan wang pinjaman berjumlah lebih RM5 juta dengan keuntungan yang diperolehi melebihi RM1 juta.

"Polis percaya dapat menumpaskan sindiket ah long terbesar setakat ini dengan penangkapan kesemua suspek. Siasatan juga mendapati pasangan suami isteri itu merupakan dalang sindiket itu," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan di sini, Jumaat.

Hamza berkata, polis turut merampas pelbagai barangan antaranya kad pengeluaran wang automatik (ATM) milik pelbagai individu, peti besi mengandungi wang tunai berjumlah RM40,000, pelbagai kad dokumen butir peminjam, pelbagai jenis telefon bimbit, komputer riba dan lima buah kereta dipercayai digunakan suspek.

Bagaimanapun nilai keseluruhan barangan yang dirampas masih dalam siasatan, selain polis masih melengkapkan kertas siasatan, katanya.

Hamzah menambah seorang suspek juga didapati mempunyai satu rekod jenayah berkaitan penyalahgunaan dadah. 

Semua suspek yang berusia dalam lingkungan 18 hingga 41 tahun kini ditahan reman sehingga 12 Okt ini untuk bantu siasatan mengikut Seksyen 5(2) Akta Pemberi Pinjaman Wang.

Dalam kes berasingan, Hamzah memaklumkan polis berjaya memberkas tiga lelaki Kazakhstan berusia lingkungan 23 hingga 24 tahun yang dipercayai terbabit dengan sindiket menggodam mesin ATM di ibu negara baru-baru ini, menerusi 'Ops Albatross'. 

Katanya kejadian menggodam mesin ATM itu berlaku pada pukul 4 petang pada 4 Sept lalu di Bank Ar-Rajhi cawangan Subang Jaya, Selangor dan ketiga-tiga suspek didapati telah melarikan wang tunai berjumlah RM1.5 juta. 

"Susulan laporan polis yang dibuat, hasil siasatan dan risikan ketiga-tiga suspek tersebut berjaya ditangkap seminggu kemudian dan mereka kini ditahan sebelum didakwa dan polis kini sedang melengkapkan kertas siasatan," katanya.

Tags / Kata Kunci: Ah Long , Hamza Taib , Semambu

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan