Dua Anggota Kastam Kritikal Cuba Dibunuh Tonto

Diterbitkan: Jumaat, 9 Oktober 2015 10:28 PM

Keadaan kereta yang dinaiki pegawai kastam yang dirempuh tonto di Jalan Titi-Tinggi, Padang Besar, Jumaat.

(Ubah saiz teks)

PADANG BESAR: Dua anggota penguat kuasa kastam Padang Besar parah manakala seorang lagi cedera ringan apabila kenderaan mereka dirempuh sebuah kereta dipercayai milik tonto yang diupah penyeludup di Kilometer 24, Jalan Titi Tinggi-Padang Besar pagi Jumaat.

Pengarah Kastam Perlis, Kamaruddin Jaafar berkata kejadian berlaku kira-kira pukul 4.15 pagi.

"Ia menyebabkan anggota Mohd Safawi Rosdi, 27, yang duduk di bahagian belakang tercampak keluar manakala Mat Zohir Mohd Saad, 47, yang duduk di hadapan cedera parah di kepala. Kedua-duanya kini dalam keadaan kritikal.

"Pemandu Abdullah Ayob, 36, pula cedera di pipi dan dada," katanya semasa melawat para anggota tersebut di Hospital Tuanku Fauziah, Kangar.

Mohd Safawi kemudiannya dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah, di Alor Setar, Kedah.

Kamaruddin berkata anggota tersebut yang menaiki MPV Honda Odyssey sedang mengekori tiga kenderaan pikap Thai yang disyaki menyeludup rokok dan arak, yang menghala ke arah Kangar dari Padang Besar.

Satu pasukan lain mengekori jauh di belakang, katanya.

"Kereta mereka dirempuh sebanyak dua kali oleh kereta Proton Perdana tersebut sehingga menyebabkannya terbabas dan melanggar sebuah pondok bas," tambahnya.

Kamaruddin berkata kereta Proton Perdana terbabit telah dilihat memecut ke arah Kangar.

Beliau berkata empat anggota kastam yang mengekori dari belakang memberi pertolongan kepada rakan-rakan mereka.

"Perbuatan tonto terbabit berupa cubaan membunuh kerana anggota kastam sebelum ini pernah menerima ugutan bunuh dari sindiket penyeludupan, namun hari ini mereka nekad melakukannya sehingga anggota-anggota saya cedera parah.

"Namun tindakan tonto tidak melemahkan semangat kami untuk terus melaksanakan amanah dan tanggungjawab dalam membanteras kegiatan yang menyalahi undang-undang," katanya.

Kamaruddin berkata pihaknya telah menyerah kepada pihak polis untuk menyiasat.

Ketua Polis Daerah Padang Besar, Supt Rizani Che Ismail berkata satu pasukan khas telah ditubuhkan bagi menjejaki pelakunya.-- Bernama



Tags / Kata Kunci: Kastam , tonto , Padang Besar

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan