Budak Lelaki Diculik Di Kajang Dipertemukan Semula Dengan Keluarga

Diterbitkan: Jumaat, 9 Oktober 2015 6:39 PM

(Ubah saiz teks)

KAJANG: Kanak-kanak lelaki berusia lima tahun yang diculik dua lelaki berhampiran sebuah tadika di Sungai Chua, telah dipertemukan semula dengan keluarganya.


Seorang pemandu teksi yang hanya mahu dikenali sebagai Nizam memandu pulang mangsa ke rumah keluarganya di Taman Cahaya di sini pada pukul 5.35 petang, dengan kanak-kanak itu berada di tempat duduk belakang dan memanggil ibu bapanya di rumah.


Apa yang berlaku adalah satu adegan penuh emosi apabila keluarganya berlari keluar dari  rumah sambil  menangis untuk memeluk kanak-kanak itu.

Kanak-kanak itu yang dilaporkan berada dalam keadaan sihat kemudian dibawa masuk ke dalam rumah.

Pemandu teksi yang hanya mahu dikenali sebagai Nizam menyerahkan kanak-kanak lima tahun yang diculik pada pagi Jumaat kepada bapa saudaranya. -foto AZHAR MAHFOF/The Star


Terdahulu, pada pagi Jumaat, salah seorang daripada dua lelaki tidak dikenali berpura-pura mahu bertanya jalan kepada ibu kanak-kanak itu.

Ketika memberi penjelasan, seorang lagi lelaki rakan sejenayah lelaki itu membawa lari anaknya dengan sebuah kereta Proton Saga warna hitam.

Ibu kanak-kanak itu dipercayai berjaya masuk ke dalam kereta penculik 'tetapi mereka kemudian meninggalkannya di tepi jalan berhampiran sebuah pasar di Sungai Chua.

Sejak itu, video kejadian itu telah tersebar luas di media sosial.

Gambar budak lelaki itu juga telah dikongsi dengan pengguna Internet meminta orang ramai untuk sama-sama mencari.

Walau bagaimanapun, maklumat palsu juga telah tersebar, mendakwa bahawa mangsa telah dijumpai manakala pesalah telah ditangkap.

Tags / Kata Kunci: mangsa culik , kanak-kanak lelaki , Kajang

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Kolumnis

iklan

Iklan