Bekas Adun Alor Limbat Mati Ditembak

Diterbitkan: Jumaat, 9 Oktober 2015 4:19 PM

Tempat di mana bekas Adun Alor Limbat, Alias Abdullah ditembak mati di rumahnya di Kampung Alor Limbat, Marang, selepas solat Jumaat. -foto Zabidi Tusin/THE STAR

(Ubah saiz teks)

MARANG: Bekas Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Alor Limbat Alias Abdullah, maut dipercayai ditembak pada jarak dekat di rumahnya di Kampung Alor Limbat Bukit Payong di sini pada Jumaat selepas pulang daripada solat Jumaat.

Ketua Polis Terengganu Datuk Rosli Abd Rahman yang mengesahkan kejadian itu berkata polis masih lagi menyiasat motif kejadian tersebut.

"Polis masih menyiasat daripada beberapa aspek dan saya telah mengarahkan anggota saya untuk mendapatkan laporan siasatan lengkap," katanya ketika dihubungi Bernama di sini Jumaat.

Dalam kejadian 2 petang itu, mangsa, 51, yang berada di bahagian dapur rumahnya didatangi seorang lelaki tidak dikenali menaiki motosikal lalu melepaskan satu das tembakan yang mengenai pipi kiri mangsa.

Susulan kejadian itu mangsa dibawa ke klinik kesihatan Bukit Payung oleh jiran mangsa Mohd Zuraini Mamat, untuk diberikan rawatan kecemasan sekitar 2.15 petang, namun gagal diselamatkan dan disahkan meninggal dunia.

Allahyarham wakil rakyat Alor Limbat sejak 2004 selama dua penggal dan tewas kepada calon PAS pada pilihan raya umum ke-13 lalu manakala jawatan politik terakhirnya ialah sebagai Ketua UMNO Cawangan Alor Limbat.

Sebelum menjadi wakil rakyat, Allahyarham bertugas sebagai Ketua Unit Pendakwaan Negeri Terengganu (Timbalan Pendakwa Raya/Peguam Kanan Persekutuan) dari 1 Mei 1997 hingga 18 Nov 1999).

Allahyarham meninggalkan seorang isteri dan empat anak.
Tags / Kata Kunci: Alor Limbat , Alias Abdullah

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Kolumnis

iklan

Iklan