Diterbitkan: Jumaat, 9 Oktober 2015 12:07 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kira-kira 40 kedai di pasar lama Chow Kit musnah atau mengalami kerosakan dalam kebakaran tengah malam Khamis.

Pengarah Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur Khirudin Drahman berkata ia melibatkan antara lain kedai menjual barangan kering, bunga hiasan dan lain-lain.

Sejurus panggilan kecemasan diterima pada 12.26 tengah malam, sekumpulan  anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat cawangan Titiwangsa, Hang Tuah, Sentul dan Sri Hartamas dikejarkan ke tempat kejadian untuk memadamkan kebakaran.

"Api dipadamkan sepenuhnya pada 3.07 pagi," katanya.

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan punca kejadian serta nilai kerugian masih dalam siasatan.

Tags / Kata Kunci: Chow Kit , Bomba

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Kolumnis

iklan

Iklan