Remaja Maut Kereta Terbabas Langgar Pokok

Diterbitkan: Rabu, 7 Oktober 2015 3:18 PM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Seorang remaja lelaki maut apabila kereta dinaiki bersama dua rakannya terbabas dan merempuh pokok di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu di sini, tengah malam Selasa.

Dalam kejadian pukul 12.30 tengah malam itu, F.Jevastian Paravindar, 17, yang duduk di tempat penumpang hadapan maut di lokasi kemalangan akibat cedera parah di kepala dan badan.

Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Mior Faridalatrash Wahid berkata ketika kejadian kereta jenis Proton Saga itu dipandu rakan mangsa berusia 22 tahun dan mereka dari arah George Town ke Bayan Baru.

"Kereta itu dipercayai terbabas dan melanggar pembahagi jalan di sebelah kiri dan tercampak hampir 15 meter sebelum merempuh pokok di kawasan berkenaan.

"Menurut pemandu kereta itu, dia cuba mengelak satu kemalangan di hadapannya membabitkan sebuah motosikal dan dua kereta lain," katanya di sini, Rabu.

Mior Faridalatrash berkata pemandu kereta Proton Saga itu dan seorang lagi penumpang belakang berusia 22 tahun turut cedera di muka dan patah tulang rusuk.

"Mayat remaja itu dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk bedah siasat  manakala dua rakannya dirawat di hospital sama," katanya.

Beliau berkata kemalangan yang dikatakan cuba dielak pemandu kereta itu melibatkan sebuah motosikal yang dinaiki sepasang kekasih berusia 30 tahun, kereta Proton Wira dan sebuah lagi kereta yang dipercayai meninggalkan lokasi kejadian sebaik kemalangan.

Pasangan kekasih itu cedera parah manakala pemandu Proton Wira tidak cedera dan polis sedang mengesan satu lagi kereta yang terlibat dalam kemalangan itu, katanya.

Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kemalangan itu menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Kolumnis

iklan

Iklan