Pencari Madu Lebah Cedera Parah Terjatuh Pokok Setinggi 10 Meter

Diterbitkan: Selasa, 6 Oktober 2015 3:36 PM

(Ubah saiz teks)

BESUT: Seorang pencari madu lebah cedera parah apabila terjatuh dari sebatang pokok setinggi lebih 10 meter ketika sedang hendak mengambil madu lebah di Hutan Bukit Puteri dekat sini petang Isnin.

Mangsa dikenali sebagai Yusof Draman, 33, dari kampung Padang Tapong Jerteh yang patah kaki kanan termasuk tulang belakang dikatakan pergi mencari madu lebah bersama seorang rakannya.

Ketua Balai Jabatan Bomba dan Penyelamat Jerteh Mustafa Ismail memberitahu pihaknya telah mendapat maklumat mengenai kejadian itu kira-kira jam 2.52 petang sebelum bertindak dengan menghantar lima daripada anggotanya ke tempat kejadian untuk menyelamatkan mangsa.

Beliau berkata pasukan bomba yang dibantu anggota dari Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Besut telah mengambil masa lebih sejam bagi mengeluarkan mangsa dari tempat kejadian setelah mendapat maklumat daripada rakan mangsa yang keluar mendapatkan bantuan.

"Apabila tiba di tempat kejadian anggota saya mendapati mangsa yang tidak sedarkan diri itu telah cuba dibawa keluar oleh penduduk kampung sebelum anggota JPAM membantu membawa mangsa ke Hospital Daerah Besut," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, Selasa.

Menurutnya mangsa kemudiannya telah dikejarkan ke Hospital Universiti Sains Malaysia Kubang Kerian Kelantan untuk rawatan lanjut.--Bernama

Tags / Kata Kunci: madu lebah , Bukit Puteri

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan