17 Lelaki Disyaki Terlibat Seludup Migran Ditahan

Diterbitkan: Isnin, 5 Oktober 2015 8:31 PM

Anggota Imigresen menjalankan operasi membenteras Pati di Bandar Baru Kampar, Ipoh, Perak awal pagi Isnin.

Gambar hiasan.

(Ubah saiz teks)

IPOH: Polis menahan 17 lelaki tempatan disyaki terlibat dalam aktiviti penyeludupan migran dan mempunyai kaitan dengan tragedi bot karam di perairan Sabak Bernam, Selangor pada 3 September lepas.

Ketua Polis Perak, Datuk Osman Salleh berkata kesemua yang ditahan berumur antara 30 hingga 50 tahun ditahan berasingan beberapa hari selepas tragedi itu.

Beliau berkata sindiket berkenaan dipercayai mengumpul warganegara Indonesia yang ingin pulang ke negara mereka sebelum di tempatkan di satu kawasan berhampiran jeti sebagai pusat transit.

"Aktiviti penyeludupan migran ini dilakukan pada waktu malam bagi mengelak daripada dikesan pihak berkuasa," katanya kepada pemberita selepas Perhimpunan Bulanan Ketua Polis Perak di Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Perak di sini, Isnin.

Katanya, sindiket ini dikesan beroperasi di kawasan Jeti Hutan Melintang sejak Februari sehingga tragedi bot karam yang berlaku di perairan Sabak Bernam.

Osman berkata sindiket ini didalangi sekumpulan lelaki warga Indonesia dengan bantuan penduduk setempat bagi memudahkan aktiviti penyeludupan mengelakkan dikesan pihak berkuasa.

"Jumlah pendapatan yang diperolehi sindiket ini kira-kira RM250,000 hingga RM300,000 dalam tempoh sebulan," katanya.

Beliau berkata kesemua suspek yang ditahan disiasat di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas 2012) (SOSMA) kerana dipercayai terlibat dalam aktiviti penyeludupan migran.

"Hasil siasatan mendapati seorang lelaki dituduh dibawah Seksyen 26A ATIPSOM (Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran 2007) yang sabit kesalahan boleh dihukum penjara 15 tahun dan dikenakan denda atau kedua-duanya," katanya.

Beliau berkata seramai sembilan lelaki telah diambil tindakan di bawah Akta Pencegahan Jenayah (POCA) yang boleh dikenakan perintah sekatan sekurang-kurangnya dua tahun atau tidak melebihi lima tahun atau perintah tahanan di pusat pemulihan akhlak tidak melebihi dua tahun.

Osman berkata pihaknya percaya masih ada saki baki anggota sindiket yang masih bebas dan meminta kerjasama orang ramai menyalurkan sebarang maklumat berkaitan kejadian ini kepada polis.

Terdahulu, Osman menyampaikan Anugerah Pencapaian Cemerlang 2014 kepada 118 anggota polis pada perhimpunan itu.

Tags / Kata Kunci: seludup migran

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Kolumnis

iklan

Iklan