Kes Kanak-Kanak Dirogol Ditemui Mati Tidak Berlaku Di Sabah

Diterbitkan: Isnin, 5 Oktober 2015 7:48 PM

M. Chandra.

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Polis Kota Kinabalu pada Isnin menafikan insiden melibatkan seorang kanak-kanak yang dilaporkan mangsa rogol ditemui mati dalam kotak biskut, seperti yang tersebar luas menerusi aplikasi Whatsapp, berlaku di negeri ini.

Ketua Polis Bandaraya Kota Kinabalu ACP M. Chandra berkata insiden itu sebenarnya berlaku di Jakarta, Indonesia dan bukan seperti yang disebarkan dalam media sosial tersebut.

Beliau berkata pihaknya tidak menerima sebarang aduan daripada orang awam berhubung kejadian berkenaan.

"Pihak polis menasihati orang ramai supaya tidak sewenang-wenangnya menyebar dan menyiarkan maklumat yang salah kepada orang ramai kerana ini akan mendatangkan kegusaran awam," katanya dalam satu kenyataan disini Isnin.

Chandra berkata tindakan akan diambil ke atas pihak yang tidak bertanggungjawab menyebar dan menyiarkan berita palsu mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: kes rogol , Sabah , M. Chandra

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan