Hutang Yuran Tuisyen, Gambar Murid Digantung Tepi Jalan

Diterbitkan: Isnin, 5 Oktober 2015 11:24 AM

(Ubah saiz teks)

SEBUAH pusat tuisyen di Sungai Long, Kajang dibidas kerana meletakkan kain rentang yang mengandungi gambar empat murid yang tidak menjelaskan yuran tuisyen, menurut akhbar harian Cina.

Beberapa kain rentang itu dilihat berada di kawasan Sungai Long dan Cheras pada petang Jumaat.

Gambar kain rentang itu tersebar di laman sosial dengan netizen membidas tindakan yang dibuat pusat tuisyen berkenaan dan mengatakan perbuatan itu tidak beretika dan seperti 'Ah Long.'

Operator pusat tuisyen berkenaan menafikan telah meletakkan kain rentang dan berkata dia mengenali dua murid yang tidak membayar yuran itu.

Dia berkata pusat tuisyen itu sudah beroperasi selama tujuh tahun dan sudah minta ibu bapa kepada murid untuk segera selesaikan yuran.

Seorang ibu dikenali sebagai Ling memberitahu kepada Guang Ming Daily yang dia tahu tentang kejadian itu selepas kawannya memberitahu gambar anaknya ada pada kain rentang berkenaan.

Dia mengaku sedang menghadapi masalah kewangan dan berhutang sebanyak RM 600 dengan pusat tuisyen anaknya.

Walaupun tindakan pusat tuisyen itu dianggap melampau, dia berkata akan selesaikan yuran itu dan menuntut permohonan maaf dari mereka.

Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Balakong, Eddie Ng memberitahu kepada ibu bapa murid berkenaan untuk segera menghubunginya supaya dia boleh membantu untuk membuat laporan polis.

"Kami akan tuntut permohonan maaf dari pusat tuisyen itu," katanya.

Tags / Kata Kunci: Tuisyen , Kajang , Cheras

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan