Lima GRO Thailand Dan Vietnam Ditahan Di George Town

Diterbitkan: Isnin, 5 Oktober 2015 3:29 PM

- Gambar hiasan

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Lima wanita rakyat asing yang bekerja sebagai pelayan pelanggan (GRO) ditahan dalam Ops Noda di sebuah pusat hiburan di Jalan Krian, di sini malam Ahad.

Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Mior Faridalatrash Wahid berkata mereka yang ditahan dalam operasi pukul 11.30 malam itu ialah tiga wanita Thailand dan dua Vietnam berusia antara 23 dan 40 tahun.

"Semasa serbuan ada GRO yang cuba melarikan diri melalui laluan khas di pusat hiburan itu. Polis turut menahan seorang lelaki tempatan berumur 32 tahun yang bekerja sebagai penjaga di pusat hiburan itu," katanya di sini Isnin.

Beliau berkata pemeriksaan mendapati kesemua mereka bekerja tanpa permit yang sah, melanggar syarat pas lawatan sosial dan tiada dokumen perjalanan diri yang sah.

Polis turut merekod keterangan empat lelaki tempatan berumur 30-an yang merupakan pelanggan di pusat hiburan itu bagi membantu siasatan, katanya.

Terdahulu, Mior Faridalatarsh mengedarkan topeng muka kepada anggota polis daerah Timur Laut yang bertugas di beberapa lokasi malam tadi berikutan bacaan indeks pencemaran udara yang tidak sihat.
Tags / Kata Kunci: Ops Noda , GRO , Mior Faridalatrash

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan