Pemandu Kren Maut Di P.Pinang

Diterbitkan: Sabtu, 3 Oktober 2015 2:36 PM

(Ubah saiz teks)

BUKIT MERTAJAM: Seorang pemandu kren mudah alih maut semasa sedang bekerja di sebuah tapak pembinaan di Jalan Kebun Nenas di sini, Sabtu.

Pemandu itu dipercayai mati di tempat kejadian apabila struktur kren terhempas ke dalam bahagian tempat duduk pemandu dalam kejadian pukul 9.30 pagi.

Jabatan Bomba dan Penyelamat kemudian tiba di tempat kejadian untuk mengeluarkan mayat.

Masih tidak dapat dipastikan bagaimana kemalangan itu berlaku dan siasatan masih berjalan.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan