Suspek Ditahan Bantu Siasatan Kes Tembak Anggota Polis

Diterbitkan: Jumaat, 2 Oktober 2015 10:50 AM

- Gambar hiasan

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Beberapa suspek telah ditahan dalam satu operasi semalaman polis untuk memburu penembak tepat yang menembak dan mencederakan dua anggota polis anti-narkotik di Sepanggar pada Khamis.

Sumber bagaimanapun tidak mendedahkan sama ada polis telah menangkap suspek utama dalam kejadian yang mencederakan dua anggota polis itu.

Menurut sumber, dua telah ditahan bagi membantu siasatan yang sedang dijalankan.

Kedua-dua anggota polis, Mejar Sabturani Maul, 46 dan Konstabel Tong Wilson, 24, sedang dirawat kerana luka tembakan di Hospital Queen Elizabeth di sini.

Sabturani dan Tong cedera di kepala, hidung dan badan selepas terkena pelet dari tembakan yang dilepaskan oleh penembak yang tidak diketahui.

Penembak itu menembak dari sebuah bukit berhampiran Pusat Komersial Salut di Sepanggar di sini.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman pada Khamis berkata mereka percaya seorang lelaki bersenjata telah bersembunyi di bukit berhampiran kawasan operasi dan melepaskan tembakan dari senapang patah buatan sendiri.

Sabturani dan Tong, yang merupakan sebahagian daripada pasukan unit anti-narkotik polis negeri  yang diketuai oleh Inspektor Siri Piuh cedera selepas mereka menghampiri dua orang yang dalam keadaan mencurigakan.

Kedua-dua individu itu cuba melarikan diri, dan Sabturani dan Tong berjaya mendapatkan salah seorang suspek apabila tembakan dilepaskan.

Dua paket plastik yang disyaki mengandungi syabu dijumpai daripada lelaki itu, yang dipercayai dari etnik Bajau dikenali sebagai 'Malik Bin Hasdari'.

Walau bagaimanapun, tiada dokumen pengenalan diri ditemui pada lelaki itu.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan