Polis Bantuan Maut Digilis Lori

Diterbitkan: Jumaat, 2 Oktober 2015 7:46 PM

(Ubah saiz teks)

IPOH: Seorang polis bantuan maut selepas motosikal ditungganginya bergesel dengan sebuah lori, sebelum tercampak dan digilis lori itu di Km11, Jalan Sitiawan-Ayer Tawar, dekat Ayer Tawar, Jumaat.

Dalam kejadian pukul 7 pagi itu,  S. Haripriyah, 19, mati di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Manjung, ACP Tengku Mohd Zailan Tengku Ahmad Shah dalam kenyataan, berkata kejadian berlaku apabila motosikal ditunggang wanita itu dari arah Sitiawan bergesel dengan bahagian belakang sebuah lori tujuh tan.

"Akibat pergeselan itu menyebabkan motor mangsa tercampak ke hadapan sebelum digilis tayar kanan belakang lori tersebut," katanya.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan