Polis Akan Ambil Tindakan Pihak Anjur Himpunan Merah P.Pinang Jumaat

Diterbitkan: Khamis, 1 Oktober 2015 11:05 PM

Polis akan mengambil tindakan terhadap pihak yang menganjurkan perhimpunan Himpunan Merah Pulau Pinang yang didakwa akan diadakan di perkarangan Komtar pada Jumaat.

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Polis akan mengambil tindakan terhadap pihak yang menganjurkan perhimpunan Himpunan Merah Pulau Pinang yang didakwa akan diadakan di perkarangan Komtar, di sini Jumaat.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Mior Faridalatrash Wahid berkata, setakat ini pihaknya tidak dimaklumkan berhubung perhimpunan berkenaan. 

"Tiada pihak yang memohon permit untuk mengadakan perhimpunan berkenaan dan saya beri amaran kepada orang ramai agar tidak menghadirinya. Pihak polis akan mengambil tindakan sewajarnya jika perhimpunan itu diteruskan," katanya ketika  dihubungi di sini, Khamis.

Poster mengenai Himpunan Merah Pulau Pinang itu tersebar di beberapa blog dan laman sosial Facebook pada Khamis dan mendakwa ia bertujuan mendesak kerajaan negeri menarik balik larangan penggunaan pembesar suara di masjid dan surau di seluruh Pulau Pinang.

Perhimpunan itu dirancang diadakan esok di Komtar selepas solat Jumaat, bagaimanapun tiada pihak yang mengaku menganjurkannya.

Keputusan larangan menggunakan pembesar suara di luar masjid dan surau kecuali untuk azan dan iqamah di Pulau Pinang akan diwartakan tidak lama lagi.

Perkara itu dinyatakan melalui surat Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang bertarikh 1 September lepas berhubung keputusan mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang bertarikh 1 dan 2 Julai dan disahkan dalam mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang pada 23 dan 24 Ogos lepas.

Surat yang memetik cabutan minit Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang itu menyebut bahawa mesyuarat bersetuju agar Irsyad hukum yang diputuskan melalui Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri bertarikh 7 April 2011 mengenai larangan membaca Al-Quran sebelum Subuh dengan menggunakan pembesar suara di luar masjid dan surau perlu ditambah baik dengan memasukkan larangan menggunakan pembesar suara di luar masjid dan surau bagi semua program seperti qiamulail,

tahajud, kuliah, mesyuarat dan seumpamanya.
Tags / Kata Kunci: baju merah

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan