Dua Lelaki Pecah Masuk Lebih 12 Tadika Ditahan

Diterbitkan: Khamis, 1 Oktober 2015 7:16 PM

(Ubah saiz teks)

MELAKA: Dua lelaki yang dipercayai terlibat dalam lebih daripada 12 kes pecah masuk tadika di sini sejak Januari lepas ditahan polis, masing-masing di Batu Berendam dan Bachang kira-kira pukul 5 petang Rabu.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Shaikh Abdul Adzis Shaikh Abdullah berkata, siasatan awal polis mendapati suspek berusia 32 dan 35 tahun itu bergerak sendirian melakukan jenayah tersebut dan kedua-duanya memiliki rekod lampau berkaitan dadah.

"Ketika serbuan ke atas suspek di Bachang, polis menjumpai emas tiruan bernilai kira-kira RM1,000 yang dilaporkan hilang di sebuah premis di Jalan Hang Tuah.

"Suspek turut memiliki kereta mewah yang dipercayai digunakan untuk menjalankan aktiviti pecah rumah," katanya pada sidang akhbar di sini, Khamis.

Shaikh Abdul Adzis berkata kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan dan polis percaya lebih banyak lagi kes pecah rumah serta curi dapat diselesaikan dengan penangkapan dua suspek itu.-- Bernama

Tags / Kata Kunci: tadika , Melaka , pecah masuk

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan