Polis Buru Lelaki Penganjur Sukan Ekstrem Tidak Wujud

Diterbitkan: Rabu, 30 September 2015 10:27 PM

Ketua Polis Kota Kinabalu ACP M. Chandra menunjukkan gambar seorang lelaki tempatan yang disyaki menipu 153 orang, termasuk warga asing, untuk menyerahkan wang RM20,267 berhubung sukan ekstrem yang tidak wujud.

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Polis sedang mengesan seorang lelaki tempatan yang disyaki menipu 153 orang, termasuk warga asing, untuk menyerahkan wang RM20,267 berhubung sukan ekstrem yang tidak wujud.

Acara itu, yang dinamakan 'Borneo Mud Challenge', dijadual berlangsung pada 27 September di Penampang.

Namun begitu, 'penganjur acara' menghilangkan diri bersama wang itu.

Ketua Polis Kota Kinabalu ACP M. Chandra berkata 29 laporan polis dibuat terhadap lelaki terbabit yang turut mendakwa menjadi pengarah sebuah syarikat.

Sejumlah 21 laporan dibuat di Kota Kinabablu dan bakinya di Keningau, Penampang, Tuaran dan Lahad Datu.

Chandra berkata siasatan awal mendapati lelaki yang menghilangkan diri itu mengutip yuran pendaftaran sekitar RM80 hingga RM840 daripada bakal peserta tempatan dan asing antara April dan bulan ini.

Chandra memberitahu persidangan berita di sini hari ini, meskipun kes itu melibatkan banyak mangsa dari luar negara namun setakat ini polis belum menerima sebarang laporan rasmi daripada mereka.

"Kami masih menunggu lebih banyak mangsa untuk tampil membuat laporan," katanya.

Beliau berkata mangsa mendakwa telah memasukkan bayaran yuran itu ke dalam akaun peribadi Maybank dan akaun PayPal yang didaftarkan atas nama sebuah syarikat.

Menurut Chandra, mangsa mula meragui kesahihan acara sukan itu apabila usaha untuk menghubungi 'penganjur kejohanan' menemui jalan buntu, manakala laman web 'Borneo Mud Challenge' dan aplikasi media sosialnya tidak boleh diakses sejak bulan ini.

Selain itu, tiada permit dipohon untuk penganjuran sukan berkenaan, katanya.
Sementara itu, polis ingin menghubungi Jonathan John Jipil, 29, dan Ng Chee Hui, 22, untuk membantu siasatan.
Tags / Kata Kunci: Borneo Mud Challenge , tipu wang , M. Chandra

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan