Dakwaan Kanak-Kanak Diculik Di Puchong Tidak Benar - Polis

Diterbitkan: Rabu, 30 September 2015 12:25 PM

(Ubah saiz teks)

SUBANG JAYA: Polis menafikan maklumat yang menjadi viral di laman sosial berhubung dakwaan seorang kanak-kanak diculik selepas dipujuk dengan roti di luar sebuah kedai di Puchong Perdana.

Khabar angin muncul selepas posting di Facebook yang mendakwa kanak-kanak berusia enam tahun itu "hampir diambil" oleh pasangan tidak dikenali pada pukul 2 petang pada 27 September lalu.

Ia dikatakan berlaku apabila bapanya, yang berada di dalam kedai melihat kejadian itu dan bergegas keluar untuk menyelamatkan anak perempuannya.

Bagaimanapun Timbalan Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Superintendan Lee Swee Meng berkata, dakwaan tersebut adalah tidak benar.

"Kami tidak menerima laporan polis mengenai perkara ini dan kami telah mengambil keterangan daripada pekedai dan orang yang menyiarkan cerita ini di Facebook.

"Tidak ada cubaan penculikan. Cerita ini tidak benar," kata Lee.

Lee menunjukkan kepada pemberita rakaman litar tertutup (CCTV) dari dalam kedai berkenaan.

CCTV menunjukkan seorang lelaki yang memakai baju hitam sedang membayar untuk barangan yang dibelinya di kaunter.

Selepas lelaki itu keluar, bapa berkenaan yang juga berpakaian hitam berjalan ke kaunter dengan anak perempuannya berada di belakang.

Ketika bapanya hendak membuat pembayaran, kanak-kanak itu mengikuti lelaki pertama keluar dari kedai.

Selepas menyedari anaknya tiada, dia kemudian dan bergegas keluar.

Bapa dan anak perempuan itu kemudian masuk semula ke dalam kedai beberapa minit kemudian.

"Mungkin gadis itu tersalah anggap bahawa lelaki pertama berkenaan sebagai bapanya kerana kedua-dua mereka memakai baju berwarna yang sama," kata Lee.

Tags / Kata Kunci: Culik Kanak-Kanak

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan