Tiada Ancaman Militan Di Jalan Alor

Diterbitkan: Selasa, 29 September 2015 5:00 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada Selasa mengesahkan Jalan Alor di Bukit Bintang di sini telah dibersihkan daripada sebarang kemungkinan ancaman militan.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata lokasi dan kawasan sekitarnya kini dipantau rapi oleh polis.

"Kami ingin memberi keyakinan kepada orang ramai bahawa pihak polis sentiasa bersiapa siaga bagi menentukan tidak ada sebarang ancaman keganasan dilakukan," katanya kepada pemberita selepas mempengerusdikan fasa pertama sidang pleno Mesyuarat Menteri-menteri ASEAN Mengenai Jenayah Rentas Sempadan (AMMTC) kali ke-10 di sini.

Laporan berita pada Khamis menyebut Kedutaan Amerika Syarikat dan Suruhanjaya Tinggi Australia telah mengeluarkan nasihat perjalanan berhubung kemungkinan serangan pengganas di Jalan Alor dan kawasan sekitar yang mereka percaya boleh berlaku pada hari berkenaan.

Berikutan itu, pada hari yang sama, polis menangkap tiga lelaki terdiri daripada seorang rakyat tempatan, seorang warga Indonesia dan seorang warga Syria bagi membantu dalam siasatan mereka.

Ahmad Zahid juga berterima kasih kepada perisikan Amerika Syarikat atas kerjasama mereka dengan Polis Diraja Malaysia berhubung perkara itu.

Sementara itu, Ahmad Zahid berkata walaupun isu mengenai jerebu tidak berkaitan secara langsung dengan AMMTC, Ketua Polis Nasional Indonesia Polis Jeneral (Pol) Badrodin Haiti membawa isu itu untuk perhatian pada mesyuarat itu dan menekankan mengenai komitmen mereka bagi menyelesaikan keadaan itu.

Berhubung perkara itu, Ahmad Zahid berkata para pemimpin ASEAN yang berhimpun dalam AMMTC kali ke-10 telah melahirkan penghargaan mereka berhubung komitmen Indonesia dan berharap ia akan diterjemahkan dalam tindakan yang tegas.

Sebelum itu, Haiti berkata sejumlah 40 daripada 210 siasatan yang dijalankan berhubung isu pembakaran hutan di Kalimantan dan Sumatera, Indonesia telah selesai untuk proses pendakwaan.

Tags / Kata Kunci: Jalan Alor , Militan

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan