Rumah Adun Lunas Dipecah Masuk

Diterbitkan: Selasa, 29 September 2015 11:55 PM

Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lunas, Azman Nasrudin (kanan) menunjukkan dawai digunakan untuk mengikatnya ketika rumahnya di Taman Kristal, dipecah masuk sekumpulan tiga lelaki yang bersenjatakan pisau, awal pagi Isnin. Anak Azman, Mohamad Ikmal, 15, menunjukkan laporan polis yang dibuat di Ibu Pejabat Polis (IPD) Kuala Muda, sejurus selepas penyamun terbabit meninggalkan rumah mereka. -fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

SUNGAI PETANI: Rumah Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lunas Azman Nasrudin, di Taman Kristal, di sini, dipecah masuk sekumpulan tiga lelaki bertopeng dan bersenjatakan pisau, awal pagi Isnin.

Azman daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) berkata kejadian berlaku kira-kira 4 pagi ketika beliau, isterinya Siti Hajar Abdullah, 42, serta empat anaknya, sedang tidur sebelum dikejutkan penyamun terbabit dan diikat serta dikumpulkan di sebuah daripada bilik rumahnya.

"Saya terjaga dari tidur selepas dikejutkan salah seorang penyamun, sambil sebilah pisau diacukan ke arah saya. Demi keselamatan saya sekeluarga, kami tidak melawan," katanya ketika ditemui pemberita di rumahnya di sini Selasa.

Penyamun terbabit, katanya, melarikan komputer riba milik anaknya, tablet, telefon bimbit, sedikit barang kemas dan wang tunai kira-kira RM300.

"Sebaik sahaja keadaan selamat dan kelibat penyamun itu tidak kelihatan, saya terus ke Ibu Pejabat Polis (IPD) Kuala Muda kira-kira 5.30 pagi, untuk membuat laporan polis," katanya.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Muda Supt Mohd Sabri Muhamad ketika dihubungi berkata polis sedang menyiasat kejadian itu dan setakat ini tiada tangkapan dilakukan.
Tags / Kata Kunci: Azman Nasrudin , Adun Lunas , rompak

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan