Penjenayah Cedera Terkena Tembakan Rakan Ketika Menyamun

Diterbitkan: Selasa, 29 September 2015 9:02 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Seorang penjenayah cedera selepas terkena tembakan yang dilepaskan rakannya ketika cuba menyamun seorang lelaki di tempat meletak kenderaan di Mentari Court dekat Bandar Sunway di sini.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Azmi Abu Kasim berkata dalam kejadian 7.45 malam Isnin, mangsa didatangi empat lelaki menaiki sebuah Perodua Viva.

Salah seorang suspek mengacukan pistol ke arah perut mangsa dan mengarahkan supaya menyerahkan beg yang disandangnya.

Namun, mangsa bertindak menolak pistol tersebut semasa menyerahkan beg berkenaan.

"Mangsa kemudian bertindak memegang dan menolak pistol terbabit sebelum suspek melepaskan tembakan yang terkena peha kanan rakannya," katanya.

Azmi berkata, terkejut dengan kejadian itu, tiga suspek bertindak melarikan diri, meninggalkan rakannya yang mengalami kecederaan.

Polis kemudiannya menahan suspek yang cedera sejurus kejadian itu.

"Suspek kini dirawat di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM). Suspek berusia 22 tahun itu merupakan penagih dadah dan pernah dipenjara. Kami telah mengenal pasti rakan suspek dan sedang mencari mereka," kata Azmi.

Beliau berkata polis turut merampas pistol berwarna hitam buatan China yang digunakan semasa kejadian tersebut.

Tags / Kata Kunci: penjenayah , cedera , samun

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan