Video Syiah: Dua Laporan Polis Dibuat Terhadap Pegawai Pejabat MB Selangor

Diterbitkan: Selasa, 29 September 2015 9:01 PM

- Gambar hiasan

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Dua laporan polis dibuat terhadap Pegawai Pejabat Menteri Besar Selangor, Khalid Jaafar berhubung kenyataannya yang didakwa mempertahankan ajaran syiah di Malaysia.

Dua laporan tersebut dibuat oleh Pemuda Umno dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Jaringan Melayu Malaysia (JMM) Wilayah Persekutuan.

Naib Pengerusi Bridged Kesatria Muda Pemuda Umno Malaysia, Mohd Eddy Casmadi Che Hussin berkata video berkenaan jelas menggugat kedudukan Islam sebagai agama rasmi dalam Perlembagaan.

“Beliau dalam sebuah laman sosial Youtube yang tersebar luas menyatakan Syiah dan ajaran sesat dibolehkan.

“Keterangan daripada Khalid Jaafar ini mengelirukan umat Islam dan boleh menyebabkan perpecahan dan menimbulkan kemarahan umat Islam," katanya selepas membuat laporan polis di Balai Polis Damansara, Selasa.

Sementara itu Ketua Pengarah JMM Wilayah Persekutuan, Faizan Mohd Nor berkata polis perlu menyiasat Khalid di bawah Akta Hasutan dan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma).

Beliau yang membuat laporan di  Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi pada Isnin berkata kandungan dalam 
video yang dipercayai dimuat turun dan disebarkan di media sosial sejak 2013 itu sebagai mengelirukan umat Islam.

"Beliau (Khalid) dipercayai mendakwa ajaran Syiah dan Ayah Pin perlu diberi kebebasan untuk sesiapa mengamalkannya.

“Beliau juga dipercayai mencabar dan cuba memperlekehkan institusi undang-undang negara dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim),” katanya.

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan