Tiga Terbunuh Dalam Kemalangan Di LPT 2

Diterbitkan: Isnin, 28 September 2015 4:24 PM

(Ubah saiz teks)

KEMAMAN: Tiga maut setelah dirempuh sebuah kenderaan ketika menunggu bantuan kecemasan setelah terlibat dalam satu kemalangan di kilometer 313.9 Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT 2) sebelum susur keluar Plaza Tol Kijal di sini pagi Isnin.

Dalam kejadian kira-kira pukul 8.30 pagi itu, mangsa, Azuddin Deraman@Muda, 45, Siti Nur Alifah Md Yusuf, 27, dan Tan Lee Lee, 47, terbunuh di tempat kejadian akibat kecederaan parah di anggota badan dan kepala.

Difahamkan, Siti Nur Alifah yang berasal dari Kampung Padang Pulut dan Tan dari Sura Gate, Dungun yang kedua-duanya bertugas sebagai pegawai di sebuah institusi perbankan di Dungun sedang dalam perjalanan ke Kuantan untuk menghadiri mesyuarat.

Ketua Polis Daerah Kemaman Supt Mohd Said Ibrahim berkata bagaimanapun, sebaik tiba di lokasi kejadian, Toyota Vios yang dinaiki dua sahabat dan dipandu oleh Siti Nur Alifah itu hilang kawalan dan merempuh besi penghadang jalan.

Susulan kejadian itu, kedua-dua mangsa keluar dari kenderaan tersebut dan duduk di bahu jalan sebelum kereta Hyundai Getz yang dipandu Azuddin telah melanggar bahagian belakang kereta jenis Proton Waja tidak jauh dari lokasi kejadian, katanya.

"Selepas kemalangan kecil itu, Azuddin kemudian memberi pertolongan kepada Siti Nur Alifah dan Tan, sejurus selepas itu, sebuah kereta Honda Civic telah terbabas ke kiri bahu jalan lalu merempuh ketiga-tiga mereka yang berada di tepi jalan.

"Susulan rempuhan kuat itu, kesemua mangsa tercampak dan maut di tempat kejadian, pemandu kereta Honda Civic tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya.

Mohd Said berkata hujan turun ketika kejadian dan hasil siasatan awal pihaknya percaya Toyota Vios dan Honda Civic berkenaan terbabas disebabkan terlanggar air yang bertakung di atas jalan raya, namun siasatan lanjut masih dijalankan.

Sementara itu, seorang saksi, Samsudin Mohamad, 51, yang juga pemandu Proton Waja berkata dia dan Azuddin baru saja selesai berbincang mengenai kerosakan keretanya selepas berlaku perlanggaran kecil di antara mereka.

"Saya cakap tidak ada masalah setelah dia sanggup tanggung kos kerosakan kereta saya dan lepas itu dia minta diri kerana hendak tolong Siti Nur Alifah dan Tan.

"Tidak lama selepas itu saya dengar bunyi orang menjerit dan dentuman kuat dan saya lihat ketiga-tiga mangsa terpelanting," katanya.

Mayat ketiga-tiga mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Kemaman untuk dibedah siasat. 

Tags / Kata Kunci: LPT 2 , Kemaman

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan