Kereta Terjunam Dalam Gaung, Pelajar Politeknik Maut

Diterbitkan: Isnin, 28 September 2015 1:40 PM

(Ubah saiz teks)

KUCHING: Seorang pelajar Politeknik maut selepas kereta yang dipandunya terjunam ke dalam gaung sedalam 3.04 meter selepas dipercayai terbabas di Batu 11, Jalan Matang dekat sini malam Ahad.

Menurut pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sarawak Nor Hisham Mohammad, mangsa dikenali Afred Nif Anak Bodui berusia 19 tahun.

Beliau berkata pihaknya menerima laporan pada 10.30 malam tadi dan tiba di tempat kemalangan pada 11.49 malam.

"Sebaik tiba di lokasi kemalangan, pasukan penyelamat mendapati sebuah kereta jenis Kenari terjunam ke dalam gaung sedalam 3.04 meter.

"Mangsa terhempap keretanya sendiri dan berjaya dikeluarkan, tetapi disahkan sudah meninggal dunia oleh pegawai perubatan di tempat kemalangan," katanya.

Beliau berkata mayat mangsa dibawa ke Hospital Umum Sarawak oleh polis Padawan.

Operasi itu membabitkan sembilan anggota dari Balai Bomba Petra Jaya diketuai Pegawai Bomba Asmadi Mohd Nawie dengan bantuan empat anggota dari Balai Bomba Batu Lintang bersama kenderaan EMRS, pasukan polis dan ambulans.

Tags / Kata Kunci: Kuching , Maut , Politeknik

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan