Matthias Chang Dipanggil Beri Keterangan Kes Khairuddin

Diterbitkan: Isnin, 28 September 2015 4:16 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Peguam mewakili Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan, Matthias Chang dipanggil bagi memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di sini berhubung kes bekas Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan itu pada Isnin.

Matthias hadir sebagai saksi di IPD Dang Wangi kira-kira pukul 9.30 pagi ini bersama-sama peguamnya Zainol Zakaria dan seorang lagi peguam Ahmad Bazlan Che Kassim bagi membantu siasatan polis.

Perkara itu disahkan Ahmad Bazlan ketika ditemui pemberita di perkarangan IPD Dang Wangi.

"Keterangan diambil selama sejam ... kami akan hadir semula di IPD Dang Wangi Jumaat ini bagi menyambung semula keterangan," katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Ahmad Bazlan berkata Khairuddin ketika ini masih di dalam wad selepas dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur kerana disyaki menghidap denggi.

Khairuddin sebelum ini ditahan di kediamannya di sini.

Beliau direman selama enam hari mulai 19 Sept mengikut Seksyen 124C Kanun Keseksaan atas dakwaan cuba melakukan aktiviti yang boleh menjejaskan demokrasi berparlimen.

Pada 23 Sept, Khairuddin ditahan semula di Kompleks Mahkamah Jalan Duta di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) atas dakwaan cuba melakukan aktiviti yang boleh mensabotaj negara.

Tags / Kata Kunci: 1MDB , Umno

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan