Tongkang Pasir Rempuh Jambatan

Diterbitkan: Ahad, 27 September 2015 1:48 PM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHARU: Segelintir pengguna Jambatan Batu Pahat, Jalan Peserai, Batu Pahat di sini merasai gegaran selepas jambatan itu dilanggar sebuah tongkang pasir berukuran hampir 20 meter pada Ahad.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Mohd Khalid Saif Ab Rahim yang mengesahkan perkara itu, berkata bagaimanapun, kejadian pada pukul 7.30 pagi itu tidak mengakibatkan sebarang kecederaan kepada pengguna.

Namun, beliau berkata usaha untuk mengenal pasti keretakan pada struktur jambatan akan dijalankan bersama Jabatan Kerja Raya kelak sebaik paras air di Sungai Batu Pahat surut pada pukul 1.45 tengah hari.

"Difahamkan tongkang itu dibawa arus kuat dari kawasan Minyak Beku dan apabila sampai di jambatan tersebut, ia tersangkut di bahagian hujung.

"Kami kini tengah menunggu usaha menarik tongkang dilakukan oleh syarikat tongkang berkenaan dan Jabatan Laut," katanya ketika dihubungi di sini.

Saif berkata setakat pukul 11 pagi ini, jambatan itu masih dilalui kenderaan dengan kehadiran polis untuk memantau kawasan kejadian.

Bomba dan Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia turut bersedia dengan menempatkan anggota masing-masing bersama sebuah jentera di tempat kejadian.

Tags / Kata Kunci: Tongkang Pasir , Batu Pahat

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan