Mayat Wanita Terapung Ditemui

Diterbitkan: Ahad, 27 September 2015 6:41 PM

(Ubah saiz teks)

KOTA TINGGI: Mayat seorang wanita terapung dengan keadaan perutnya kembung dijumpai orang awam di hujung Sungai Kampung Makam, dekat sini, pagi Sabtu.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Supt Rahmat Othman berkata, mangsa yang dipercayai lemas itu, ditemui orang awam dalam keadaan berpakaian lengkap pada pukul 10.35 pagi.

Mangsa dikenali sebagai Khadijah Abu Bakar, 49, beralamat di Taman Sri Saujana, Kota Tinggi, di sini, kata beliau dalam satu kenyataan di sini.

"Mayat mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Kota Tinggi dan hasil bedah siasat mendapati punca kematian mangsa adalah akibat lemas," kata beliau.

Rahmat berkata, identiti mangsa disahkan oleh suaminya, Abdul Asid Etae, warganegara Thailand.

"Pengecaman dibuat berdasarkan pakaian, seutas rantai kaki serta skaf rambut warna biru yang dipakai mangsa," kata beliau.

Hasil siasatan juga mendapati mangsa ada sejarah dan rekod sakit mental. 

Kes itu diklasifikasi sebagai mati mengejut, kata Rahmat.

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan