Bas Terbalik: Pelajar Patah Bahu - Berita Jenayah | mStar

Bas Terbalik: Pelajar Patah Bahu

Diterbitkan: Ahad, 27 September 2015 1:54 PM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHARU: Seorang pelajar perempuan sekolah menengah patah tulang bahu, manakala tiga lagi cedera ringan apabila bas sekolah yang dinaiki mereka terbalik selepas mengelak lori dari arah bertentangan di Jalan Seelong, Senai, awal pagi Ahad.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kulai DSP Mohd Idris Samsuri berkata dalam kejadian pukul 6.45 pagi itu, bas yang membawa 23 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Senai itu, dikatakan mengelak lori dari arah bertentangan yang cuba memotong sebuah motosikal.

"Bas itu kemudian terbabas dan tergelincir di kiri bahu jalan sebelum  memasuki longkang kecil di hadapan pagar sebuah kilang berhampiran," katanya  dalam satu kenyataan di sini.

Akibat kejadian itu, kata Mohd Idris, empat orang cedera iaitu dua pelajar lelaki dan dua perempuan termasuk seorang yang patah tulang bahu.

Menurutnya semua pelajar dalam bas itu berusia antara 15 dan 17 tahun.

Bagaimanapun, beliau berkata tiga daripada empat pelajar itu masih ditahan di Wad Kecemasan Hospital Kulai untuk rawatan lanjut.

Menurutnya pemandu bas bagaimanapun tidak cedera manakala pemandu lori terbabit masih dicari untuk membantu siasatan.

Mohd Idris berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Tags / Kata Kunci: Senai , Bas
   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan