Keluarga Mahu Tahu Punca Kematian Kevin Morais - Polis

Diterbitkan: Jumaat, 25 September 2015 1:40 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Keengganan waris mendiang Anthony Kevin Morais menuntut mayatnya disebabkan mereka ingin tahu terlebih dahulu punca kematian, kata Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim.

Beliau berkata, anggota keluarga mendiang Timbalan Ketua Bahagian Bicara dan Rayuan di Jabatan Peguam Negara itu mahu mendapatkan pengesahan daripada Jabatan Perubatan Forensik Hospital Kuala Lumpur tentang perkara itu.

"Pengesahan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) sebenarnya telahpun diperoleh beberapa hari lalu yang mengesahkan bahawa wujud hubungan biologikal antara mendiang dan anggota keluarganya," katanya dalam kenyataan Jumaat.

Mayat Morais, 55, ditemui di dalam tong dram berisi simen di Persiaran Subang Mewah, Subang Jaya dekat sini pada 16 September.

Beliau kali terakhir dilihat pada 4 September semasa meninggalkan pangsapurinya di Menara Duta di sini untuk ke pejabatnya di Putrajaya dengan memandu keretanya.-- Bernama

Tags / Kata Kunci: Kevin Morais , DNA , Noor Rashid Ibrahim

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan